Sunday, August 31, 2014

Tamar Cocoa vs Milo

Dulu saya memang suka sangat minum milo. Sebab saya suka coklat. Apa sahaja yang berasaskan coklat akan saya ngap asalkan halal..hehe Kiranya boleh dikatakan saya ni chocmania la..hihi..Saya membesar dengan minuman milo sampailah dah nak masuk 30-an ni pun masih minum milo. Saya tak berapa minat sangat dengan teh, kopi, nescafe dan lain2 minuman yang agak berkafein. Sebenarnya milo pun ade kafein jugak tapi macam buat2 tak tahu je hihi

Pilihan utama saya kalau ke kedai makan..pasti milo ice..x milo ice, saya akan oder milo tabur. Lain2 minuman tu ada jugalah order tapi milo icelah yang paling banyak sekali menjadi pilihan hati. Dulu kecik2 pun kalau rasa macam lapar atau teringin nak makan sesuatu yang paling mudah..saya makan milo gitu jer. Ada orang cakap kalau selalu makan milo gitu jer..nanti sembelit. Agaknya kot. Sebab saya kadang2 sembelit kadang2 ok je pas makan milo.

Lagi satu kalau lapar,sampai sekarang pun buat lagi ialah makan roti sapu milo dan susu. Memang sedap. Sebenarnya, milo ni macam2 boleh dipelbagaikan resepinya. Nak buat puding coklat, letak milo. Nak buat lengkong (agar2) coklat, guna milo. Nak buat biskut batik, guna milo jugak. Milo ni memang menjadi pilihan orang ramai sejak dari dulu lagi. Itu memang tak boleh dinafikan lagi.

Milo

"Minum milo anda jadi sihat dan kuat"

Ingat lagi lagu milo kat iklan2 tv. Hehe..sampaikan ada juga permainan masa kecil2 dulu tentang milo. Kira kat jari. Kalau aku mi..ko lo. Nanti kte tengok sape yang kena. Mi ke..Lo? hehe korang pernah main x? Generasi sekarang mungkin dah tiada lagi kot.

Dulu masa preknenkan anak yang first, saya memang addict dengan milo ice. Pergi petronas, beli milo dalam tin tu. Dekat rumah pula, ada simpan stok milo ice. Setiap hari kalau tak minum tak boleh. Hihi..Nak2 kalau minum dalam cuaca yang panas terik..pehhh..memang terbaiklah.


Milo bergerak

Dulu time sekolah rendah, ingat lagi van milo bergerak ni datang. Bagi kitorang minum free je. Memang sedap. Milo ice tu..tapi sorang secawanlah. Memang teruja sangat kalau van milo bergerak ni datang. Berpusu2 kami beratur untuk dapatkan secawan kecil milo ais percuma tu.


Hurmm..terlalu banyak kenangan dengan milo ni..dan kini, saya dah nekad untuk tidak membelinya lagi. Kira bahasa senangnya..saya sudah boikot minuman milo.


KENAPA BOIKOT MILO???

Kerana saya sudah ada pengganti yang lebih baik..hehe

Tamar Cocoa  keluaran syarikat muslim Al-Hadad telah menambat hati saya untuk teruskan boikot kepada minuman milo keluaran syarikat Nestle. Tambahan pula dengan berita Nestle merupakan salah satu rangkaian syarikat yang menyumbang kepada dana Israel bagi menentang bumi Gaza. Saya memang tak mampu untuk pergi berjihad di bumi Gaza bagi menentang Israel tapi saya mampu untuk sekurang2nya melumpuhkan ekonomi mereka (Israel) dengan memboikot beberapa barangan Israel termasuklah milo keluaran Nestle.

Ada yang berpendapat yang Tamar Cocoa ni agak mahal. RM21/900g. Tak sampai 1 kg pun. Seperti milo, Harga tak sampai pun RM21 dan cecah 1kg. Berbaloi bagi mereka. Emm..terpulang pada fikiran masing2. Bagi saya, harga Tamar Cocoa tu oklah,,harga mampu milik. Lebih2 lagi Tamar Cocoa ni terdiri daripada ekstrak kurma, serbuk koko, gula dan krimer tanpa susu. Ada makanan sunnah di situ. Tambahan pula Tamar Cocoa diperbuat dan diuruskan oleh syarikat muslim tempatan yang jelas sudah mendapat pengiktirafan sijil berstatus halal dan IMP. Buat apa nak ragu2 lagikan?

Rasa Tamar Cocoa pun ala2 milo malah lagi sedap lagi. Kenapa nak cari milo lagikan kalau kita dah jumpa alternatif minuman lain yang setanding dengannya. Baiklah support produk muslim, produk keluaran tempatan. Berbaloi2 malah sangat berkhasiat berbanding milo kerana Tamar Cocoa mengandungi makanan sunnah yang sangat baik untuk kesihatan manusia iaitu buah kurma.


Jom tukar

Nanti kita tengok apa khasiat Tamar Cocoa ni. Sangat berkhasiat untuk seisi keluarga.

Bagi yang berminat, boleh direct PM/Wassap saya 0173885825
FB : NURHIDAYAH MOHD TAHIR
Page : Kedai Bonda Taufiq

1 comment: