Thursday, September 4, 2014

Kecilnya hati seorang isteri...

Kecilnya hati seorang isteri BILA..isteri mengharap suami dapat menemaninya check up baby dalam perut  kat hospital tapi suami buat endah tak endah jer.

Isteri : Awak nak ikut sekali x jumpa doktor arini?
Suami : Haa..kalau nak saya ikut, petang2 sikitlah..saya nak tidur dulu..ngantuk

Bila dah tiba masa..suami masih tidur lagi. Isteri dah bersiap nak pergi. Dalam ati isteri kecewa bukan kepalang namun dipujuk ati yang sayu itu. "xpela, dia penat sangatlah tu. Semalaman tak tidur. Aku pergi sendiri jelah. Bukan tak biasa pun."

Kecilnya hati seorang isteri BILA..suami cakap nak jumpa kawan2 padahal semalaman dia tak tidur malam. Sanggup betul dia bersengkang mata demi bersama kawan2. Selalu payah nak bangun awal pagi, tapi demi kawan2, suami sanggup bersengkang mata tunggu sampai awal pagi.

Isteri : Awak tak nak tidur ke?
Suami : Nanti kalau tidur,terbabas nak bangun pagi pula..

Maka..tidurlah si isteri ditemani anak tersayang.

Kecilnya hati seorang isteri BILA suami buat endah tak endah je nak pergi kenduri kahwin kawan si isteri. Padahal si isteri sudah beritahu awal2 lagi yang dia nak pergi awal untuk jumpa kawan2. Tapi bila tiba hari kejadian..

Isteri : Awak tak siap lagi. Dah pukul berapa dah ni, saya dah janji dengan kawan2 nak kumpul ramai2.
Suami : Ala..nak pergi awal2 buat apa? sempat je lagi
Isteri : Nanti tak sempat nak jumpa dorang camne?
Suami : Sempatlah (sambil tinggikan suara)

Bila tiba di kenduri, kawan2 ada yang dah balik sebab tak sanggup nak tunggu lama sangat. Sedihnya hati isteri.

Isteri : Awaklah ni siap lambat sangat. Kan tak sempat nak jumpa dorang.
Suami : Yang dorang tu tak boleh tunggu kenapa?

Kecilnya hati seorang isteri BILA suami sanggup bersiap cepat untuk pergi ke kenduri kawannya. Dah janji dengan kawan2 yang lama tak jumpa.

Suami : Awak cepat sikit boleh tak? Dah pukul berapa dah ni.
Isteri : Sabarlah, awal lagi
Suami : Nanti jalan jem, lambat pulak nak jumpa dorang.

Kecilnya hati seorang isteri BILA tiba di kenduri kahwin kawan suami, suami sibuk mencari kawan2nya. Tinggallah si isteri terkulat2 dengan anaknya.

Kecilnya hati seorang isteri BILA anak sakit suami mula salahkan isteri. Padahal si isteri bersengkang mata tak tidur malam menjaga si anak yang asyiklah merengek jer.

Suami : Jagalah anak tu betul2.
Isteri : ....(terkesima dengan kata2 si suami)

Kecilnya hati seorang isteri  BILA suami langsung tak mengingati hari bahagia mereka. Padahal isteri tu dah bagi hint. Itupun suami masih berat mulut nak ungkapkan kata2 romantik buat si isteri.

Kecilnya hati seorang isteri BILA family isteri datang rumah mereka, si suami tidur. Letih sangat katanya.

Isteri : Awak bangunlah jap. Jumpa mama ngan papa kat depan tu. Sekejap je
Suami : Saya mengantuklah. Ngantuk sangat

Kecilnya hati seorang isteri BILA family suami datang rumah, si suami akan kerah keringat si isteri untuk layan familynya biarpun si isteri tu kepenatan.

Isteri : Saya letihlah. Nak baring jap boleh?
Suami : Eh takde2..family saya datang kat luar tu

Hihi..hati isteri memang cepat terasakan?
Antara kawan dan isteri..rasanya suami akan lebihkan kawan dari isteri.
Antara anak dan isteri..suami akan lebihkan anak
Antara ibu dan isteri..wajiblah suami lebihkan ibu dari isteri

Kalau ikut turutan : (pilihan suami..)

1.Ibu
2.Kawan2
3.Kawan2
4.Anak2
5. Isteri

Isteri selalunya akan berada di tempat tercorot sekali. Berbanding isteri..suaminya akan sentiasa berada di tangga teratas sekali walau macam mana sekalipun buruknya layanan si suami tu terhadapnya. Betul tak??

Mungkin kerana itulah Allah sentiasa memuliakan kaum wanita terutamanya para isteri. Bukan susah pun untuk mereka ni menuju ke syurgaNya. Hanya perlu taat pada perintah suami, jaga solat, jaga puasa, jaga maruah diri..in sha Allah..syurga itu milik kita. Allah itu sentiasa ada. Selalu si isteri yang melebihkan suami ni lupa yang mereka seharusnya meletakkan cinta Allah dan Rasul terdahulu..barulah cinta suami. Barulah tiada istilah kecil hati kat suami. Hehe..

Hanya sembang kosong di petang hari je =)
Tetibe je feeling2 camni..



No comments:

Post a Comment