Friday, September 26, 2014

Promosi Vitagen

Wah..dah lama rasanye tak menulis blog. Al maklumlah..saya baru sahaja selamat melahirkan baby boy kedua saya pada tanggal 12.9.14 (jumaat). Ni dah rasa macam kuat sikit..bolehlah menari2 depan laptop. Lagipun rasa rindu nak menulis. Banyak benda nak sharing and nak diluahkan hihi.. Ok..berkenaan dengan entry kali ni.. Vitagen ade promosi sampai hujung bulan ni je.. Bukan main seronok lagi hati ni..yela..dapat harga rendah..siapa tak mahukan.. Customer pun bukan main lagi bersakan oder..bukan 1..tapi sampai 2-3 karton..syukur Ya Allah.. Harga? Ok selalu harga saya jual RM42/karton Tapi untuk promosi kali ni..jeng..jeng..jeng.. RM40/karton Fresh from kilang ye Tarikh luput pun lame lagi..jadi janganlah risau.. Jadi orang2 JB yang mana2 berminat nak dapatkan vitagen dengan harga murah ni..bolehlah pm k. Free COD area JB Ni sedang giat kumpul oder..lagi ramai oder..lagi seronok.. Bukan senang nak dapat harga runtuh ni..tq vitagen..
Haa..satu karton tu ada 10 pek vitagen Dalam 1 pek vitagen tu ada 5 botol vitagen Jadi total untuk satu karton bersamaan 50 botol vitagen hehe.. Untuk promosi ni saya jual by karton yer Senang sikit..tapi kalau ada yang nak separuh pun bolehlah kott..hihi customer punye pasalkan.. Kalau ade yang nak request perisa..kena beritahu awal2 ya Untuk penghantaran esok..saya kena submit oder sebelum jam 10 malam ni.. In Sha Allah esok boleh hantar.. Siapa yang patut minum vitagen ni? 1. Mereka yang sukar buang air besar 2. Mereka yang selalu sakit perut, pedih ulu hati, gastrik.. 3. Mereka yang selalu skip makan 4. Mereka yang selalu keletihan 5. Mereka yang sentiasa mengutamakan kesihatan diri Jom cuci usus dengan minuman berkultur tinggi...VITAGEN !!! Boleh order dengan saya ya.. Facebook : NURHIDAYAH MOHD TAHIR Blog : iamhidayah203.blogspot.com Phone : 017-3885825

Tuesday, September 9, 2014

Vitagen

Hahaha.. Kali ni kte post entry tentang vitagen pulak yerr.. Siapa yang suka minum vitagen? Pasti ramai yang sukakan.. Haa..tapi untuk vitagen ni saya tak bolehlah nak post2 yer..cuma boleh cod untuk area jb jer..free cod ok.. Pon..pon..pon.. Vitagen sudah datang.. Mari..mari..
Vitagen ni fresh from kilang Sebab tu saya memang tak simpan stok..kalau nak..baru saya akan buat tempahan dan terus hantar kepada pelanggan Tarikh tamat tempoh vitagen ni pun agak lama juga.. Sebulan camtu.. Tapi biasanya tak sampai seminggu satu karton vitagen dah boleh habiskan..hihi Ok..untuk harga vitagen yang saya jual RM42/karton RM21/karton Setiap karton ada 50 botol Maknanya ada 10 pek Setiap satu pek ada 5 botol jer Beli separuh jer pun boleh..hanya RM21 Lagi satu..korang boleh request perisa Ada orang beli separuh hijau, separuh purple Ada orang beli satu karton hijau Ikutlah mana yang korang suka Tapi kena tempah awal2 la ek.. Kalau lambat..dapat mix la
Sebarang tempahan boleh hubungi saya ya PM/WA : 0173885825 Facebook : NURHIDAYAH MOHD TAHIR Page : Kedai Bonda Taufiq Blog : iamhidayah203.blogspot.com

Ada masalah bau badan?

Siapa yang ada masalah bau badan? Dah cuba macam2 cara tapi still ada lagi bau2an yang kurang menyenangkan keluar dari badan korang? Nak angkat tangan pun segan..pk banyak kali..(hihi macam dalam iklan tu..) Ada juga orang yang pakai deodorant tapi tak tahan lama..bila badan berpeluh je..mulalah bau2an yang kurang menyenangkan tu keluar.. Ada juga yg sensitif pada deodorant..ketiak gatallah..ketiak basahlah..dan sebagainya..
Malukan? Kadang tanpa sedar..bau tu orang lain yang bau..bau wangi takpelah jugak..ni bau tengik..erkkk Ada satu aritu..saya g post office nak post barang..tetibe je terbau bau2an yg kurang enak huhu..tercari2 gak mana datangnye bau tu Buat2 cium ketiak sendiri..bukan.. Tengok belah kiri..ada sorang girl ni..pakai tudung..saya dekat sikit dengan dia..hoho..haah bau tu datangnye daripada dia..aduhai.. rasa nak bagi je spray novou ni kat dia..mungkin dia jenis yg kuat berpeluh barangkali.. Ok..jom kita berkenalan dengan novou spray ni..
Kandungannya hanya terdiri daripada energised water dan mineral salt jer Seriously memang best Kalau pakai tu,satu ari tak mandi pun takpe..memang tugas novou spray ni menyerap bau.. Honestly,saya memang seorang yang kuat berpeluh..paham2 jela kalau orang pompuan yang kuat berpeluh,kuat bersukan,berlitup satu badan.. plus hormon bau badan yg kuat..huhu giler tak malu.. Mujur jumpa novou spray ni..sangat2 membantu.. Memang takde bau dah..
Memang free alcohol tiada bau jadi jangan was-was untuk bawak ke tanah suci sana Jom kita review apa kata mereka yg dah pakai novou spray ni..
haa..budak2 sekolah ni pon best gak pakai ni..bukan apa..kadang tu balik sekolah,berpeluh2 baunye..huhu memang setakat ni customers yang dah guna novou spray ni memang bagi feedback positif ok grablah sebotol lebih2 lagi cuaca yang panas terik ni plus mereka yang kuat berpeluh tu and ada masalah bau badan..haha siapa nak? harga saya junamkan juga sepanjang bulan september ni harga asal RM25/botol kali ni jual rm15/botol jerr Lai..lai..lai.. rugi sangat if tak grab sementara ada stok ni.. Pm/WA : 0173885825 Facebook : NURHIDAYAH MOHD TAHIR Page : Kedai Bonda Taufiq Blog : iamhidayah203.blogspot.com

LAMPU TIDO KURA-KURA

Salam semua.. Lama rasanya tak post entry..padahal hari2 buka blog..tapi idea nak dicurahkan tu belum menjelma lagi hahha so blogwalking jela..maklumlah..saya budak baru belaja tentang dunia blogger ni.. bila dah fulltime housewife ni..barulah berkesempatan nak berlama2 kat depan laptop.. Ok..sementara menunggu hari nak mengeluarkan baby kedua dalam perut ni..saya terasa baik hati nak buat beberapa promosi barangan di kedai online saya Kedai Bonda Taufiq. Jom kita tengok barangan pertama yang saya nak bagi dengan harga yang cool sekali..
comelkan? jom tengok apa fungsinya.. FUNGSI TWILIGHT TURTLE!!! 1. Lampu tidur dengan cahaya bulan dan bintang 2. 4 warna lampu menarik biru, hijau, merah dan orange 3. 3 warna turtle - Biru, Pink Hijau dan Brown.. 4. 3 button - Button on/off, button pilihan warna lampu, button corak lampu dan button music 5. Soft music boleh on/off 6. Auto off selepas 45 minit 7. Guna kuasa battery AAA & usb 8. Penghantaran segera
Buat masa ni semua warna available..kena cepat2 oderla sebab selalu harga RM50..kali ni sepanjang september..harga lampu kura2 ni akan saya junamkan kepada RM40 jer..dah termasuk post..bestkan..hihi
haa,,tengok..abang long da ade besfren baru. Suke dia..bukan apa..ni persediaan sebelum adik baby keluar. Jadi bila malam2 tu..bukakkan aje lampu tido ni..dia leka and tido. Kalau tak..nak ngempeng jer..letih ibu..Bagi saya, lampu tido kura2 ni membantu jugaklah dalam mengajar anak2 untk tido malam. Hehe Bila dah biasakan..dia sendiri tahu,bila kita dah pasangkan lampu tido kura2 ni..dia automatik set dalam mind..ok time to sleep. Lagi satu, dengan environment bilik dan lampu kura2 tu..ibu2 boleh buat bedtime story kat anak2 b4 tido..seronok tao. Kalau saya,untuk anak sekecil 2 tahun tu..aktiviti bercerita n bernyanyi ikut kepala sendirilah..hihi asalkan dia enjoy and excited sangat tengok bulan dan bintang2 yang berwarna-warni tu.. I will missed that moment sampai bila2..hihi (touching lerr pulak..) Yg mana anak2 takut tido malam tu..haa..sesuailah hadiahkan lampu tido kura2 comel ni.. Memang puas hati
Kura2 ni boleh menggunakan bateri aaa 3x ataupun guna usb. Cuma di sini kami tidak sediakan plug tiga kaki tu ye..hanya wayar usb sahaja dibekalkan..
Memang comel.. PM/WA : 0173885825 (Hidayah) FB : NURHIDAYAH MOHD TAHIR Page : Kedai Bonda Taufiq Blog : iamhidayah203.blogspot.com

Sunday, September 7, 2014

MINI GA SEPTEMBER CASH RM300 BY EMAS PUTIH

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Thursday, September 4, 2014


Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini :  Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda. 

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :


Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 5 pemenang

Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!
>http://iamhidayah203.blogspot.com

Kecilnya hati seorang isteri...

Kecilnya hati seorang isteri BILA..isteri mengharap suami dapat menemaninya check up baby dalam perut  kat hospital tapi suami buat endah tak endah jer.

Isteri : Awak nak ikut sekali x jumpa doktor arini?
Suami : Haa..kalau nak saya ikut, petang2 sikitlah..saya nak tidur dulu..ngantuk

Bila dah tiba masa..suami masih tidur lagi. Isteri dah bersiap nak pergi. Dalam ati isteri kecewa bukan kepalang namun dipujuk ati yang sayu itu. "xpela, dia penat sangatlah tu. Semalaman tak tidur. Aku pergi sendiri jelah. Bukan tak biasa pun."

Kecilnya hati seorang isteri BILA..suami cakap nak jumpa kawan2 padahal semalaman dia tak tidur malam. Sanggup betul dia bersengkang mata demi bersama kawan2. Selalu payah nak bangun awal pagi, tapi demi kawan2, suami sanggup bersengkang mata tunggu sampai awal pagi.

Isteri : Awak tak nak tidur ke?
Suami : Nanti kalau tidur,terbabas nak bangun pagi pula..

Maka..tidurlah si isteri ditemani anak tersayang.

Kecilnya hati seorang isteri BILA suami buat endah tak endah je nak pergi kenduri kahwin kawan si isteri. Padahal si isteri sudah beritahu awal2 lagi yang dia nak pergi awal untuk jumpa kawan2. Tapi bila tiba hari kejadian..

Isteri : Awak tak siap lagi. Dah pukul berapa dah ni, saya dah janji dengan kawan2 nak kumpul ramai2.
Suami : Ala..nak pergi awal2 buat apa? sempat je lagi
Isteri : Nanti tak sempat nak jumpa dorang camne?
Suami : Sempatlah (sambil tinggikan suara)

Bila tiba di kenduri, kawan2 ada yang dah balik sebab tak sanggup nak tunggu lama sangat. Sedihnya hati isteri.

Isteri : Awaklah ni siap lambat sangat. Kan tak sempat nak jumpa dorang.
Suami : Yang dorang tu tak boleh tunggu kenapa?

Kecilnya hati seorang isteri BILA suami sanggup bersiap cepat untuk pergi ke kenduri kawannya. Dah janji dengan kawan2 yang lama tak jumpa.

Suami : Awak cepat sikit boleh tak? Dah pukul berapa dah ni.
Isteri : Sabarlah, awal lagi
Suami : Nanti jalan jem, lambat pulak nak jumpa dorang.

Kecilnya hati seorang isteri BILA tiba di kenduri kahwin kawan suami, suami sibuk mencari kawan2nya. Tinggallah si isteri terkulat2 dengan anaknya.

Kecilnya hati seorang isteri BILA anak sakit suami mula salahkan isteri. Padahal si isteri bersengkang mata tak tidur malam menjaga si anak yang asyiklah merengek jer.

Suami : Jagalah anak tu betul2.
Isteri : ....(terkesima dengan kata2 si suami)

Kecilnya hati seorang isteri  BILA suami langsung tak mengingati hari bahagia mereka. Padahal isteri tu dah bagi hint. Itupun suami masih berat mulut nak ungkapkan kata2 romantik buat si isteri.

Kecilnya hati seorang isteri BILA family isteri datang rumah mereka, si suami tidur. Letih sangat katanya.

Isteri : Awak bangunlah jap. Jumpa mama ngan papa kat depan tu. Sekejap je
Suami : Saya mengantuklah. Ngantuk sangat

Kecilnya hati seorang isteri BILA family suami datang rumah, si suami akan kerah keringat si isteri untuk layan familynya biarpun si isteri tu kepenatan.

Isteri : Saya letihlah. Nak baring jap boleh?
Suami : Eh takde2..family saya datang kat luar tu

Hihi..hati isteri memang cepat terasakan?
Antara kawan dan isteri..rasanya suami akan lebihkan kawan dari isteri.
Antara anak dan isteri..suami akan lebihkan anak
Antara ibu dan isteri..wajiblah suami lebihkan ibu dari isteri

Kalau ikut turutan : (pilihan suami..)

1.Ibu
2.Kawan2
3.Kawan2
4.Anak2
5. Isteri

Isteri selalunya akan berada di tempat tercorot sekali. Berbanding isteri..suaminya akan sentiasa berada di tangga teratas sekali walau macam mana sekalipun buruknya layanan si suami tu terhadapnya. Betul tak??

Mungkin kerana itulah Allah sentiasa memuliakan kaum wanita terutamanya para isteri. Bukan susah pun untuk mereka ni menuju ke syurgaNya. Hanya perlu taat pada perintah suami, jaga solat, jaga puasa, jaga maruah diri..in sha Allah..syurga itu milik kita. Allah itu sentiasa ada. Selalu si isteri yang melebihkan suami ni lupa yang mereka seharusnya meletakkan cinta Allah dan Rasul terdahulu..barulah cinta suami. Barulah tiada istilah kecil hati kat suami. Hehe..

Hanya sembang kosong di petang hari je =)
Tetibe je feeling2 camni..



Tuesday, September 2, 2014

Spa Bergerak



Haa..rasanya dah lama saya tak post atau bercerita tentang produk Mary K ni. Mungkinkah akan kembali membuat come back? hehe..Ye..saya merupakan Mary K Beauty Consultant yang sudah lama terperap dek kerana semangat yang hilang ditambah pula dengan keadaan diri yang sedang sarat mengandung anak nombor 2 ni.

Satu hari sedang saya mengemas2 rumah..saya terlihatkan beg harta karun Mary K saya. Tetibe termenung jap. Bongkar semua yang ada. Semangat nak menghias diri untuk suami mula mencanak2. Pergi tengok keadaan diri kat cermin..nampak bekas2 jerawat, dengan kulit tangan yang mula nak kedut2 ckit plus dah lama tak buat spa bibir..terus semangat malam tu. Mulalah pakai masker botani mary k, buat spa tangan and spa bibir. Wow..suami tengok syok jer..nampak perubahan kat isteri dia. Hihi..

Okla..arini saya just nak share tentang Spa Bibir dan Spa Tangan Mary K. Memang terbaik. Apa kaitan dengan gambar di atas? Adakah harganya serendah RM10? Oh..tentulah tidak..harga RM 10 kat gambar tu hanya untuk mereka yang teringin nak merasai Spa Bibir dan Spa Tangan yang akan saya buatkan untuk mereka. Kalau nak beli pun boleh..nanti saya beritahu harganya. Tiada paksaan hanya sekadar ingin berkongsi jer hihi


Untuk orang2 JB yang terasa nak buat pakej spa bergerak saya tu..boleh booking tarikh dengan saya. Lagi seronok kalau dapat buat dalam group. Paling minimum pun 5 orang. Seronok..sebab nanti kita akan banding2kan tangan siapa paling lembut..bibir siapa paling sexy. Hihi..biasalah orang perempuankan.. ok..jom kita tengok Spa Bibir..


Seksi bibirnya


Saya memang sangat suka buat spa bibir. Sebab? saya suka senyum. Senyum tukan sedekah. Hihi.. Bila kita senyum kat orang,orang pun akan sejuk hati je dengan kita. Betul x? Tapi ada orang yang tak suka senyum sebab tak beranilah, takde keyakinan dirilah, takutlah..dan bla..bla..bla..lorr..senyum pun payah? rugi..rugi..
Spa bibir ni akan buatkan bibir kita kelihatan lebih menarik. Siapa2 yang takut nak senyum tu..meh try buat spa bibir..

Kalau korang ada masalah macam:

1. Bibir kusam
2. Bibir kering
3. Bibir mengelupas
4. Bibir hitam
5. Bibir selalu pecah2

Meh try buat spa bibir dengan saya. Seminggu sekali ke..sebulan sekali ke..nnt tengoklah magic. Biasanya customer2  saya sangat2 berpuas hati dengan produk mary k ni. Antara rajin dengan malas jer. Saya sangat sarankan buat mereka yang sudah berkahwin..terutamanya para isteri. Buatlah..pasni pasti suami you all sejuk je ati bila memandang senyuman di wajahmu..chewahhh hihi..

set spa bibir
Untuk spa bibir ni..saya just gunakan set Satin Lips. Terdiri daripada 2 botol kecil iaitu lip mask dan lip balm. Mungkin tak ramai yang ambil port pasal penjagaan bibir. Sebenarnya, bibir pun kena selalu juga dibersihkan. Tak semua orang dilahirkan memiliki bibir mungil bak Angeline Jolie tapi dengan Mary K, mungkin ianya boleh berlaku hihi..sipi2 pun bolehlah.. Memang gerenti puas ati. Jomlah try..

Ok..sekarang kita bercerita pula tentang spa tangan mary k pula..

Korang ada tak belek2 tangan? ada tak nampak macam kedut2??padahal umur masih lagi muda..yelah..orang perempuan ni suka buat kerja lebih masa hehe (kerja opis, keje umah..) nyental sane, gosok sini..sampai lupa nak belai tangan sendiri. Terlebih rajin hehe..

Saya memang ada rasa seganlah jugak bila tengok tangan sendiri. Tapi tu dululah. Tengok ada orang kulit tangan cerah gebu,takde kedut2 padahal umur sama..lagi rasa tercabar bila umur orang tu lebih berusia sedikit daripada kita ni. Huhu...pikir gakla camne nak buat. So pakai jela lotion tiap2 ari..menjadi jugaklah..lembut pun lembut..cerah pun cerah..tapi tu pun kalau rajin..kalau malas..memang taklah..haha

Tapi sejak dah join Mary K..dapat pulak freegift satin hand ni..wow..teruja i.

Hasilnya memang nampak jam tu jugak. Keluarla daki2 tangan yang berkepuk2 tu. Buat sendiri kat rumah. Jimat duit dan sangat puas hati.


Satin hand
Satin hand ni terdiri daripada 3 botol. First kita pakai softens hand dulu kasi lembut..pastu baru letak scrub. Gosok2..haa..time nilerr jumpe daki2 kat tangan tu.Haha...pastu g cuci bersih2..last sekali pakai lotion. Bau2an peach memang sedap. Tapi kalau saya ikut mood jugakla nak pakai lotion bau ape. Hehe..Mary K banyakkan lotion yang wangi2...pilih je mana yang berkenan..

Memang boleh nampak perbezaan ketara. Biasanya dulu, time aktif menjadi BC Mary K, saya akan buat kat satu tangan customer. Bagi die rasa perbezaan. Spa bibir pon sama. Buat belah satu bibir je. Nanti rasa sendiri perbezaan yang cukup ketara.

So..itulah chit chat ringkas daripada saya tentang spa bibir dan spa tangan Mary K. Nak habaq mai..saya buat spa bergerak.Orang2 area JB yang mana terasa nak buat spa bibir dan spa tangan tu..bolehlah kontek saya. Kita atur temujanji ye. Untuk spa bergerak ni..saya cuma caj RM10 jer untuk seorang. Bestkan? Nanti dapatlah freegift daripada saya. Tanda kasih saya kepada anda yang sudi buat spa bergerak ni dengan saya. Hihi...


Ingat..
Kecantikan tu lahir dari dalam hati yang ceria dan tulus ikhlas...hehe


Opps..lupala..nak bagitahu harga bagi set spa bibir dan set spa tangan tu. Jap ek..saya tuliskan..

Untuk set Spa Bibir yang terdiri daripada Lips Mask dan Lips Balm
Harganya : RM 80
Lip Mask : RM45
Lip Balm : RM35

Untuk set spa tangan pula bernilai RM155

So..sape yang rase2 nak beli tapi nak try dulu..jomlah join saya untuk spa bergerak ni. RM10 jer..booking tarikh yang sesuai...nnt saya datang. Ajaklah 2-4 orang kawan2 untuk join sekali..pasti menarik.

PM/WA : 017-3885825(hidayah)
Facebook : NURHIDAYAH MOHD TAHIR
Page : Kedai Bonda Taufiq
Blog : iamhidayah203.blogspot.com

Blog I am Hidayah: Tamar Cocoa vs Milo

Blog I am Hidayah: Tamar Cocoa vs Milo: Dulu saya memang suka sangat minum milo. Sebab saya suka coklat. Apa sahaja yang berasaskan coklat akan saya ngap asalkan halal..hehe Kirany...

Syarikat Al Hadad

Ramai pasti nak tahu..mana datangnya produk Tamar Cocoa ni?
Siapa yang keluarkan?
Mana kilangnya?
Bagaimana ia berkembang?
Adakah syarikat yang mengeluarkan Tamar cocoa ni benar2 telah mendapat pengiktirafan sijil Halal? mentang2la ada kandungan coklat..ye x? hihi..

Ok..biar saya kupaskan satu persatu..

Pernah dengar x Syarikat Al- Hadad? atau lebih dikenali sebagai Al-Hadad Marketing. Rasanya sudah lama mereka berkembang cuma mungkin tiada promosi hangat sepertimana syarikat2 pengeluar yang lain. Jom kita kenali dahulu siapa insan2 disebalik tulang belakang syarikat ini.



Ahli2 Al Hadad Marketing





Untuk mengenali lebih lanjut boleh layari sendiri website www.alhadadmarketing.com =)

Syarikat Al-Hadad bukan sahaja mengeluarkan produk Tamar Cocoa, tetapi telah mengeluarkan beberapa produk lain. Apa yang bestnya, produk2 syarikat ini telah mendapat kelulusan sijil Halal. Bukan itu sahaja, malah Al-Hadad Marketing turut sama mendapat pengiktirafan IMP (Islamic Manufacturing Practice) dan juga Best Malaysia Product. Jadi memang saya sekeluarga tak perlulah nak meragui lagi. Kami pun mula bertukar kepada produk2 syarikat ini.

Yess..support muslim product !!!


Produk2 Al-Hadad




Wah..bestkan??
Bila dah ada produk2 muslim tempatan yang memang mendapat pengiktirafan. Jadi tak perlulah nak ragu2 lagi. Barangan buatan mereka tak kurang juga hebatnya. Setanding dengan produk2 yang sediaada di Malaysia yang kebanyakannya diimport dari luar negara. Plus..dari negara yang bukan ditunjangi oleh orang muslim..huhu..

Jika ada yang berminat dengan produk2 barangan Al-Hadad, boleh direct order
PM/WA : 017-3885825 (Hidayah)
Facebook : NURHIDAYAH MOHD TAHIR
Page : Kedai Bonda Taufiq
Blog : iamhidayah203.blogspot.com

Monday, September 1, 2014

Tamar Cocoa dan IMP

Apa itu IMP?

Ok..IMP merupakan singkatan kepada Islamic Manufacturing Practise yang bermaksud Amalan Pengilangan Islamic. Diwujudkan untuk pengusaha industri yang beragama islam di atas kesedaran keperluan umat islam pada zaman ini kepada pemakanan yang suci dari aspek rohani dan jasmani.

Kesucian dari aspek rohani bermaksud tangan-tangan yang mengusahakan produk adalah dari tangan muslim. Mereka yang memahami dan terikat dengan hukum-hukum islam serta patuh kepada perintah Allah akan menambah keberkatan di setiap perkara yang dilakukannya. Ini kerana nur islam yang ada pada dirinya adalah nilai yang tidak terdapat pada pengusaha bukan islam. Penghasilan produk daripada muslim yang membaca lafaz Bismillah menambah kebaikan yang tidak ternilai di samping zat2 lain seperti vitamin dan mineral dalam makanan itu sendiri.

Kesucian Jasmani pula merangkumi proses pembuatan mengikut hukum syarak. Ia merangkumi penggunaan bahan mentah yang suci dari sumber2 yang haram, memeliharan perkakasan yang digunakan daripada bercampur dengan unsur2 yang haram hingga kepada persekitaran industri yang tidak mengalunkan muzik2 yang mengkhayalkan.

IMP
Syarikat pengeluar Tamar Cocoa iaitu Al-Hadad Marketing telah mendapat pengiktirafan IMP. Jadi, semua produk keluaran mereka termasuklah Tamar Cocoa juga telah diiktiraf mendapat IMP. Kenapa perlu beralasan lagi untuk tidak memilih produk ini? Sudah terang lagi bernyala..

Al Hadad Marketing Sdn Bhd



Marilah kita sama2 menyokong produk keluaran muslim. Bukankah mencari yang halal itu fardhu? Tepuk dada, tanya iman..


Khasiat Tamar Cocoa

Apa khasiat Tamar Cocoa ni? kenapa saya beriye2 sangat bercerita tentang tamar cocoa ni? ouh..ruginya benda baik jika tidak dikongsi bersama. Jom kita tengok khasiat minum Tamar Cocoa ni.

Tamar Cocoa merupakan minuman pra campuran dengan kurma. Terdiri daripada gabungan ekstrak kurma, serbuk koko, gula dan krimer tanpa susu menjadikan ia minuman pra-campuran 4 in 1 yang mudah dibancuh.

Bestla Tamar Cocoa ni sebab...

- Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

- Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti :
ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan dan menurunkan tekanan darah.

- Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.

- Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi .

- Koko apabila diampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.

- KesAn Antioksida adlah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids.

- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.

- koko melambatkan proses penuaan.


Khasiat Tamar Cocoa



Wah..banyak sungguh khasiat yang terkandung dalam tamar cocoa ni. Berbaloilah pelaburan RM21/pek. Lagipun..memang sudah terbukti kurma memang makanan sunnah yang sangat berkhasiat. Rugilah siapa yang tak makan kurma.


Tamar Cocoa
Apa tunggu lagi?
JOm dapatkan segera Tamar Cocoa hari ini juga..

Sunday, August 31, 2014

Tamar Cocoa vs Milo

Dulu saya memang suka sangat minum milo. Sebab saya suka coklat. Apa sahaja yang berasaskan coklat akan saya ngap asalkan halal..hehe Kiranya boleh dikatakan saya ni chocmania la..hihi..Saya membesar dengan minuman milo sampailah dah nak masuk 30-an ni pun masih minum milo. Saya tak berapa minat sangat dengan teh, kopi, nescafe dan lain2 minuman yang agak berkafein. Sebenarnya milo pun ade kafein jugak tapi macam buat2 tak tahu je hihi

Pilihan utama saya kalau ke kedai makan..pasti milo ice..x milo ice, saya akan oder milo tabur. Lain2 minuman tu ada jugalah order tapi milo icelah yang paling banyak sekali menjadi pilihan hati. Dulu kecik2 pun kalau rasa macam lapar atau teringin nak makan sesuatu yang paling mudah..saya makan milo gitu jer. Ada orang cakap kalau selalu makan milo gitu jer..nanti sembelit. Agaknya kot. Sebab saya kadang2 sembelit kadang2 ok je pas makan milo.

Lagi satu kalau lapar,sampai sekarang pun buat lagi ialah makan roti sapu milo dan susu. Memang sedap. Sebenarnya, milo ni macam2 boleh dipelbagaikan resepinya. Nak buat puding coklat, letak milo. Nak buat lengkong (agar2) coklat, guna milo. Nak buat biskut batik, guna milo jugak. Milo ni memang menjadi pilihan orang ramai sejak dari dulu lagi. Itu memang tak boleh dinafikan lagi.

Milo

"Minum milo anda jadi sihat dan kuat"

Ingat lagi lagu milo kat iklan2 tv. Hehe..sampaikan ada juga permainan masa kecil2 dulu tentang milo. Kira kat jari. Kalau aku mi..ko lo. Nanti kte tengok sape yang kena. Mi ke..Lo? hehe korang pernah main x? Generasi sekarang mungkin dah tiada lagi kot.

Dulu masa preknenkan anak yang first, saya memang addict dengan milo ice. Pergi petronas, beli milo dalam tin tu. Dekat rumah pula, ada simpan stok milo ice. Setiap hari kalau tak minum tak boleh. Hihi..Nak2 kalau minum dalam cuaca yang panas terik..pehhh..memang terbaiklah.


Milo bergerak

Dulu time sekolah rendah, ingat lagi van milo bergerak ni datang. Bagi kitorang minum free je. Memang sedap. Milo ice tu..tapi sorang secawanlah. Memang teruja sangat kalau van milo bergerak ni datang. Berpusu2 kami beratur untuk dapatkan secawan kecil milo ais percuma tu.


Hurmm..terlalu banyak kenangan dengan milo ni..dan kini, saya dah nekad untuk tidak membelinya lagi. Kira bahasa senangnya..saya sudah boikot minuman milo.


KENAPA BOIKOT MILO???

Kerana saya sudah ada pengganti yang lebih baik..hehe

Tamar Cocoa  keluaran syarikat muslim Al-Hadad telah menambat hati saya untuk teruskan boikot kepada minuman milo keluaran syarikat Nestle. Tambahan pula dengan berita Nestle merupakan salah satu rangkaian syarikat yang menyumbang kepada dana Israel bagi menentang bumi Gaza. Saya memang tak mampu untuk pergi berjihad di bumi Gaza bagi menentang Israel tapi saya mampu untuk sekurang2nya melumpuhkan ekonomi mereka (Israel) dengan memboikot beberapa barangan Israel termasuklah milo keluaran Nestle.

Ada yang berpendapat yang Tamar Cocoa ni agak mahal. RM21/900g. Tak sampai 1 kg pun. Seperti milo, Harga tak sampai pun RM21 dan cecah 1kg. Berbaloi bagi mereka. Emm..terpulang pada fikiran masing2. Bagi saya, harga Tamar Cocoa tu oklah,,harga mampu milik. Lebih2 lagi Tamar Cocoa ni terdiri daripada ekstrak kurma, serbuk koko, gula dan krimer tanpa susu. Ada makanan sunnah di situ. Tambahan pula Tamar Cocoa diperbuat dan diuruskan oleh syarikat muslim tempatan yang jelas sudah mendapat pengiktirafan sijil berstatus halal dan IMP. Buat apa nak ragu2 lagikan?

Rasa Tamar Cocoa pun ala2 milo malah lagi sedap lagi. Kenapa nak cari milo lagikan kalau kita dah jumpa alternatif minuman lain yang setanding dengannya. Baiklah support produk muslim, produk keluaran tempatan. Berbaloi2 malah sangat berkhasiat berbanding milo kerana Tamar Cocoa mengandungi makanan sunnah yang sangat baik untuk kesihatan manusia iaitu buah kurma.


Jom tukar

Nanti kita tengok apa khasiat Tamar Cocoa ni. Sangat berkhasiat untuk seisi keluarga.

Bagi yang berminat, boleh direct PM/Wassap saya 0173885825
FB : NURHIDAYAH MOHD TAHIR
Page : Kedai Bonda Taufiq

Tamar Cocoa

Tamar Cocoa

Minuman coklat yang sangat berkhasiat. Terdiri dari gabungan ekstrak kurma, serbuk koko, gula dan krimer tanpa susu. Menjadikan ia minuman campuran 4 in 1 yang sesuai untuk seisi keluarga. Hanya bancuh dan boleh terus minum. Ikut citarasa masing2. Ada yang nak rasa manis boleh tambah sedikit susu. Memang sedap sangat..lebih kurang rasa milo.

Milo???

Haa..kalau dah rasa lebih kurang macam milo, jadi apa tunggu lagi? jomlah bertukar kepada Tamar Cocoa sekarang. Sudah tiba masanya untuk kita bertukar dan menyokong produk tempatan yang setanding dengan produk sediaada. Apa tunggu lagi kawan2?


Terdiri daripada 3 bentuk :

1. Pek 900g
2. Pouch Bag (20 sachet)
3. Gantung/papan (20)

Harga semua adalah sama iaitu RM21
Pembelian yang lebih daripada satu dah melayakkan diri anda untuk menjadi ahli Al-Hadad.
Jom sokong produk tempatan .

Pek 900g



Sachet

Papan/gantung



Berminat?
Boleh hubungi saya Hidayah 0173885825
FB : NURHIDAYAH MOHD TAHIR
Page : Kedai Bonda Taufiq