Ok..IMP merupakan singkatan kepada Islamic Manufacturing Practise yang bermaksud Amalan Pengilangan Islamic. Diwujudkan untuk pengusaha industri yang beragama islam di atas kesedaran keperluan umat islam pada zaman ini kepada pemakanan yang suci dari aspek rohani dan jasmani.
Kesucian dari aspek rohani bermaksud tangan-tangan yang mengusahakan produk adalah dari tangan muslim. Mereka yang memahami dan terikat dengan hukum-hukum islam serta patuh kepada perintah Allah akan menambah keberkatan di setiap perkara yang dilakukannya. Ini kerana nur islam yang ada pada dirinya adalah nilai yang tidak terdapat pada pengusaha bukan islam. Penghasilan produk daripada muslim yang membaca lafaz Bismillah menambah kebaikan yang tidak ternilai di samping zat2 lain seperti vitamin dan mineral dalam makanan itu sendiri.
Kesucian Jasmani pula merangkumi proses pembuatan mengikut hukum syarak. Ia merangkumi penggunaan bahan mentah yang suci dari sumber2 yang haram, memeliharan perkakasan yang digunakan daripada bercampur dengan unsur2 yang haram hingga kepada persekitaran industri yang tidak mengalunkan muzik2 yang mengkhayalkan.
IMP |
Al Hadad Marketing Sdn Bhd |
No comments:
Post a Comment